Khamis, 14 April 2022

Warna bunga Ros dan makna disebaliknya

 Assalamualaikum and hi guys!

So, untuk hari ni aku ingat nak tulis pasal warna bunga ros dan makna disebalik warna tu. Kalau korang nak tau seperti bunga-bunga yang lain. Bunga ros pun banyak variasi warna dia. Aku suka ros merah, biru dan hitam. Sebenarnya ros hitam tak wujud pun. Kalau ada yang cerita pasal ros hitam dekat Turkiye tu.. tu semua karut. Hanya diolah untuk menarik pelancong datang ke sana. Tapi kalau nak bagi orang, beli je ros kertas. Yang hidup ni nanti layu jugak gituw.

Ok, jom kita start

1. Rose Merah

Yang ni memang biasalah nampak dan dengar. Makna disebaliknya pun cukup popular di kalangan manusia seantero dunia. Rose merah melambangkan perasaan cinta yang mendalam dan kekaguman.  Jadi, bolehlah korang hadiahkan rose merah ni dekat pasangan masing-masing sebagai simbol cinta.

2. Rose Kuning

Tadi ros merah tentang perasaan cinta yang mendalam. Tapi kalau korang nak bagi kawan-kawan korang sebagai tanda persahabatan, korang boleh bagi ros kuning. Ros kuning melambangkan persahabatan dan kasih sayang. Warna kuning bak matahari memberikan perasaan yang hangat dan selesa kepada mereka. Jadi kalau korang dapat ros kuning ni dari someone, maksudnya orang tu sangat appreciate korang. Tapi itu untuk zaman sekarang la. Kalau dulu, ros kuning ni melambangkan perasaan jealous terhadap seseorang. haha.

3.Rose Hitam

Dulu aku suka letak dp segala socmed aku dengan gambar ros hitam. Sebab dulu aku selalu emo dan rasa menyampah dengan diri sendiri. Dulu aku suka ros hitam ni sebab macam melambangkan perasaan aku masa tu haha. Ros hitam ni kebiasaannya orang guna masa halloween. Ros hitam melambangkan kematian dan tanda tamatnya sesuatu perasaan, hubungan dan idea. Disebabkan ros hitam ni tak wujud, maka ia melambangkan sesuatu yang misteri gitu. Jadi kalau korang dapat ros hitam ni... Baik kau tanya kenapa diorang bagi kau ros hitam. Punya lah banyak warna kenapa mesti hitam?


4. Rose Biru

Sekarang aku lebih gemar ros biru. Tapi gambar dp aku masih lagi antara ros hitam dan ros putih hehe. Macam ros hitam, ros biru ni pun tak wujud secara semula jadi. Yang ada hanyalah bunga plastik semata. Maka, ros biru melambangkan misteri dan ilusi. Kalau dari segi cinta, Ros biru melambangkan keinginan dan nafsu yang tinggi.

5. Rose Putih

Ros Putih melambangkan kesucian dan permulaan sesuatu perkara. Selalunya pengantin akan guna Ros putih sebagai tanda permulaan hidup yang baru dan perasaan cinta yang suci. Tapi kalau korang nak bagi kawan korang pun boleh, sebagai tanda permulaan persahabatan.

6. Rose Lavender


Ros Lavender melambangkan cinta pandang pertama. Jadi, sesiapa yang tiba-tiba tertangkap cinta pandang pertama dekat seseorang tu bolehlah bagi orang tu Ros Lavender ni senyap-senyap. Biar dia tahu ada orang yang dah jatuh cinta pandang pertama pada dia hahaha.

7. Rose Jingga

Ros jingga atau berwarna oren melambangkan perasaan bangga. Contohnya, kalau kawan awak baru je dapat anugerah dekan, ha bolehlah bagi dia ros jingga ni sebagai tanda yang korang bangga dengan dia.

8. Rose peach

Ros berwarna peach biasanya digunakan untuk ucapan terima kasih dan menzahirkan rasa kesyukuran. Kebiasaannya ros ini digunakan untuk majlis-majlis formal. 



Ok itu je yang aku nak share. Jumpa lagi di lain hari. Tunggulah bila aku ada idea nak share apa kat sini.

Rabu, 13 April 2022

pengalaman di Kolej Matrikulasi Johor 2020\2021 Part 2

Ok ni sambungan untuk pengalaman dekat Kolej Matrikulasi Johor yang aku pernah tulis dulu.

untuk part 1 : Pengalaman di Kolej Matrikulasi Johor 2020/2021 Part 1

Untuk kali ni aku fokus dekat kemudahan dekat KMJ ni je lah.
Ok... KMJ ni ada 6 blok kediaman. A, B, C, D, E dan F. A dan B untuk lelaki meanwhile the rest untuk perempuan. Perempuan 4 blok ya. Nampak tak berapa ramai perempuan dari lelaki dekat sini hahaahah. Setiap blok ada 4 tingkat tidak termasuk ground floor. Kalau termasuk ground floor maka jadilah 5. Setiap tingkat ada lebih kurang 30 bilik and setiap bilik ada 4 katil, 4 almari besi, 4 meja belajar, 4 kerusi dan satu cermin panjang sampai ke kaki. Setiap aras juga ada satu kawasan ampaian (berbumbung) dan dua mesin basuh (kena bayar RM2 setiap cucian). Setiap aras juga ada satu bilik iron (lebih kurang 8 iron tapi biasa yang boleh guna 1 ke 2 buah je lmao). Dan semestinya ada dua bilik air yang masa setiap bilik air ada 8 shower and 4 toilet (semua cangkung).

Disebabkan kolej ni kat Tangkak, so kira takde la jauh sangat dari Gunung Ledang. Tau lah kan. Gunung yang famous dengan puteri gunung ledang dan 7 dulangnya. Ah, takkan tak tau. Dari tingkat 4 blok kediaman boleh nampak gunung tu.

ha tu gunungnya

Setiap blok juga ada vending machine.. cuma jenisnya ikut blok ah. Blok aku ada vending machine yang kopi dalam cawan tu. Breakfast paling pantas before pergi kelas.

Dekat KMJ ada tiga cafe (untuk student). Setiap cafe ni terletak antara dua bangunan blok kediaman.. so kita ada cafe AB (terletak antara cafe A dan B). Cafe CD dan cafe EF. Maka, memang dekatlah cafe dengan blok korang. Sebelah je kot. Setiap cafe ni pun boleh tahan banyak menu dia. Dari nasi putih ke nasi goreng ke mee. Banyak lah. Range harga dalam RM4 ke RM5. Tapi sebab aku nak jimat untuk bershopee maka makan nasi bujang RM3 je lah aku. Aku tak tau sangat dgn cafe AB sebab ye laaa.. cafe antara blok lelaki. Segan la aku yang perempuan ni. So aku banyak tau pasal cafe EF dan CD la... Cara pembayaran, boleh guna cash atau TnG E-wallet. Boost pun ada kot. Aku tak ingat pulak. Tapi biasa orang gua TnG je.. setiap cafe ni pun banyak gerai-gerai dia. Lagi-lagi malam. 
Dekat cafe EF ada chicken chop \ ayam gunting, burger, roti canai\telur\bawang\planta\etc, oden, ramen, takoyaki. Hujung-hujung sem tu mee sizzling claypot pun ada. Tapi aku tak pernah lagi merasa benda alah tu sebab aku tak reti order.
Cafe CD aku tak tau sangat sebab biasanya aku singgah cafe CD time breakfast je or lunch.. or bila aku nak chicken chop dengan kadar yang segera sebab EF biasa ramai namampus. Lagipun kalau breakfast CD lagi banyak pilihan makanan and lagi banyak jenis nugget untuk aku jadikan lauk. EF bosan. EF meriah malam je.

Cafe CD


Ok habis pasal cafe. Cerita pasal Cafe je dah panjang berjela. 
Selain cafe, ada jugak koperasi yang biasanya aku lawat untuk beli mineral or sabun je. Oh dan pau. Pau dia sedap lagi-lagi pau carbonara. Dekat koperasi ada jual macam-macam biskut or Maggi or aiskrim or keropok. Ramen pun ada. Sabun mandi, tisu, shampoo, sabun basuh pinggan, sabun basuh baju, pad, pisau cukur hah ada lah lagi yang aku tak ingat. Kaedah pembayaran..? Sama je cash or TnG. Tapi tak sure lah kalau sekarang dah ubah ke cemana. Mana la tau sekarang boleh guna duitnow or shopeepay ke.

Selain koperasi.. kita ada jugak Siswa. Siswa ni kedai peralatan tulis. So semua pen, buku tulis, kertas A4, kertas Kajang, novel lama, buku rujukan, fail, bekas alat tulis, stapler, gam ada dijual di sini. Kat sini pun ada khidmat photostat and print something. Nak binding pun boleh. Aku suka masuk sini.. sebab aircond. Meh.

Ada jugak library dua tingkat. Tapi tingkat atas jarang digunakan. Dalam library ada komputer untuk mereka yang memerlukan.. pelbagai jenis buku rujukan, novel-novel, soalan past year dan sebagainya lah. Library ni ber aircond jangan risau. Time aku dulu, disebabkan COVID, meja2 untuk student duduk memang berjarak macam dalam dewan exam. Mampus loh tak boleh membawang hahaha. And wajib pakai mask of course. Aku pernah kena marah sebab lupa pakai mask dulu. Taguna betul. Dan yang paling penting.. toilet dalam library bersih and wangi giler! Aku jarang masuk library sebenarnya. Aku masuk sebab nak aircond je dulu. Biasanya library ni akan penuh bila musim assignment. time tu lah ramai gila nak cari buku rujukan. Kalau tak sepi je rak buku tu.

Dekat KMJ ada 6 dewan kuliah. 2 besar another 4 kecik sikit. Lecture hall ni ber aircond. masa aku dekat KMJ dulu, kalau first class aku adalah kuliah, aku biasa akan jadi orang pertama yang sampai. Tapi masalahnya aku tak reti on aircond. aku pernah on aircond tu dulu tapi sebab bila aku tekan punat dia terus bunyi macam engin kepal terbang terus aku trauma nak on kan. huhuhuhu. terpaksalah aku hadap panas dalam tu sampailah ada orang tolong on kan.
Lecture hall ni untuk kelas kuliah je. kalau kelas tutorial korang akan belajar dekat bilik tutorial. Bilik tutorial ada banyak. Pandailah korang carik bilik tutorial masing-masing masa first day tu. Jangan sesat. haha. Kelas tutorial ni la kelas korang. masa batch aku satu kelas tak lebih dari 20 orang. Kalau sebelum ni rasanya dalam 30 orang jugaklah. ntah lah.

Lecture Hall


Bilik Tutorial


Dekat KMJ ada satu padang yang sekali dengan balapan. court badminton, court tenis, bola tampar, skuasy, tempat mini golf yang terbengkalai dan boleh sewa basikal. Tapi kalau nak sewa basikal sila datang awal. kalau bukak pukul 5, sila beratur seawal 4 petang. barang panas tu. Tapi dulu ramai yang suka main frisbee. Siap ada tournament frisbee lagi tu. Kalau tak tau frisbee tu apa silalah google.
Padang KMJ

Kalau memerlukan cash, sini ada satu mesin ATM bank rakyat.  Tapi ATM ni selalu rosak. dia biasa ok beberapa hari je. kadang sehari je elok lepastu sangkut untuk seminggu. Maka kalau mesin ATM elok and korang nak cash. Elok keluarkan lebih sikit. Tapi disebabkan dekat KMJ mostly hidup cashless, maka kurang sikitlah masalah dia. Bersyukurlah pasal kolej lain belum tentu amalkan cashless ni. Lagi satu pasal matrikulasi ni. Korang as student matrikulasi akan dapat elaun tiap bulan. tak ingat berapa rasanya RM250 sebulan kot. atau less than that. tapi elaun ni selalu masuk lambat. Maka pandailah ya berjimat sikit.
Tengah beratur tunggu giliran nak ke ATM


ATM kat luar pagar


Itu je lah kot aku nak cerita. Sebab belajar time covid ni bosan. Masa batch aku dulu kitorang tak boleh outing. So aku tak boleh cerita hal outing ni. Paling jauh aku pernah pergi sepanjang bergelar pelajar KMJ ni just mesin ATM je sebab mesin ATM luar pagar kolej. Member aku pernah la jugak ke klinik. Masalahnya aku tak pernah sakit. So, memang aku tak pernah ke klinik dan tak tau pun macam mana kaedahnya nak mohon ke klinik. Ibu bapa pun tak boleh jumpa anak sangat. Awal-awal dulu boleh la nak jumpa mak ayah dekat pagar siap peluk-peluk lagi. Lama-lama pelajar dah tak boleh keluar ke pagar. Just boleh jumpa disebalik pagar je. Macam banduan pun ada. Kiranya ada pagar yang memisahkan antara pelajar dengan family gitu. Ada satu fasa, depan pagar tu dia letak kon, so jarak antara pelajar dengan family memang diyakini 1m. Paling sadis walaupun jumpa depan-depan, tapi sebab jarak, so diorang tetap kena call each other pasal nak dengar suara. Tapi tu zaman aku lah. Zaman korang takdelah sebegini rupa. Yang pasti kami yang mak bapak jauh ni memang tak merasalah jumpa mak bapak dekat pagar kolej. Sukan pun kitorang takde tau. Betapa tak bestnya belajar zaman covid. Cuti pun kurang. Masa sem 2, kitorang mana pernah balik rumah. memang dari habis PSPM1 sampai lah habis PSPM2 kitorang kat kolej. Tu yang syahdu lebih bila dah habis PSPM2.

Aku tak tau nak cerita apa lagi dah. Aku nak cerita pasal drama-drama yang pernah terjadi, tapi aku pun dah lupa. KMJ ni kurang sikit drama dia. Kira kita ni bagus belaka lah dari pengurusan lecturer staf semua hahaha. Benda baik haruslah dipuji. Pasal ada kolej yang pengurusan bergaduh dengan student dulu hahaha. Lepas tu kes kluster satu kolej ni. Kes polis pergi melawat satu kolej tu. Oh tak dilupakan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang banjir dulu. kesian diorang. 

Masjid KMJ. dua tingkat. Tingkat atas untuk perempuan


beratur nak beli tiket Train To Busan 2. MPP buat pawagam kat lecture hall

Tournament badminton antara kelas (subjek koko)


Ok sampai situ je lah nak cerita pasal Kolej Matrikulasi Johor ni. Kalau ada apa-apa nak tanya.. tanya lah. Tapi aku jarang bukak blog sebenarnya. Maka janganlah berharap sangat huhu. Adios amigos.




pengalaman di Kolej Matrikulasi Johor 2020\2021 Part 1

Assalamualaikum and Hi guyss!

For today, tiba-tiba rasa nak share pengalaman aku masa dekat matrikulasi dulu. Mana la tau boleh dijadikan guide untuk for those yang dapat matrikulasi especially Kolej Matrikulasi Johor dekat Tangkak. Boleh dikatakan aku punya pengalaman ni sedikit berbeza lah daripada pengalaman-pengalaman yang kurang jumpa dekat blog lain sebab... Aku punya pengalaman ni... Pengalaman ketika covid-19 melanda kat Malaysia. Hehe. So jom tengok apa beza dia..!

Cerita dia start pada 3 Ogos 2020 yang lalu, aku dengan family semua berangkat ke Tangkak, Johor dari Sungai Besar, Selangor. Tak ingat sangat berapa lama.. tapi dalam 4 ke 5 jam jugalah. Dah sampai tu terus cari homestay yang mak aku dah sewa and berehat.. actually aku kena daftar esok bukan haritu. Disebabkan COVID yg melanda time tu, so, students tak daftar serentak pada hari yang sama. Ada 4 hari, and semua student dah dibahagikan kena daftar hari apa. So, aku kena daftar tarikh 4 Ogos 2020. Aku tak ingat hari apa.. Selasa kot. Aku dapat hari kedua. Maksudnya 3 Ogos tu pun dah ada yang kena daftar.

Masa 4 Ogos tu, maka kitorang satu family pun berangkatlah ke KMJ dari homestay kat Tangkak tu. Jammed la jugak kat depan pintu pagar sebab yang boleh masuk dalam tu just pelajar dan seorang pemandu je. Yang lain semua kena tunggu luar pagar. Itu lah SOP dia. Maka, dia jadi sangkut sebab dekat luar pagar tu lah pelajar nak peluk cium mak kakak adik bagai. Aku pun termasuklah haha. Lepas dah ambik suhu scan apa semua maka aku dengan ayah aku pun mencarilah blok kediaman aku.. aku dapat blok E, blok Al-Biruni. Dekat dengan bangunan Tutorial, dekat dengan padang dan dekat dengan library. Blok kediaman, bilik semua memang dah tau before datang tu. Tinggal nak carik je. Btw, time ni semua barang kau perlu diangkut sendiri ke bilik sebab pemandu tak boleh tolong angkatkan. Pemandu just boleh tolong angkut beg sampai kaki lima je lepas tu kena terus keluar dari kolej. Begitu lah.. so lepas dah ambik kunci aku pun angkut la semua beg ke bilik.. bilik aku kat tingkat dua (tak termasuk ground floor). Kira ok lah tu. Takde la tinggi sangat. Kau bayang yang dapat tingkat 4.. menangis bah. Dah la terpusing pusing cari bilik aku 😂
Masa dah jumpa bilik tu.. One of my roommate dah settle kemas barang. And lagi sorang roommate aku pulak sampai serentak dengan aku. Disebabkan aku sorang je yang angkut beg.. maka ada la dalam 4 kali naik turun nak angkut beg. Perit dia usah dibilang. Itu pun lepas dah settle beg aku.. aku pergi pulak tolong ada sorang ni beg dia besar betul and bilik dia tingkat 4, so aku pun tolong la angkut beg dia yang besar tu....

Fast forward.. dah settle kemas bilik segala.. malam tu kami pun solatlah maghrib Isyak dekat masjid and pergi tidur. Esok pagi kami yang baru sampai 4 Ogos tu ada taklimat dekat Dewan Sri Ledang. Taklimat, buat kad matrik, log in wifi KMJ and etc. Dah settle semua.. maka kami yang daftar 4 Ogos free sampai.. ok aku lupa ni. Rasanya dalam seminggu kitorang takde aktiviti pape. Melangut je dalam bilik sampailah hari start belajar. sebab esok and lusa ada lagi student baru sampai. so memang kitorang takde aktiviti sampailah start kelas.
Btw, masa aku dulu.. kat depan koperasi ada jual barang-barang keperluan macam selipar jamban, baldi, penyapu, penyodok, tikar getah, termos, tong sampah, hanger and bantal kecik pun ada. Ada lagi barangnya tapi aku lupa dah. Dia jual dalam seminggu je tapi sangatlah membantu. Tak pasti kalau batch korang ni pun ada. Tapi rasanya ada je.

Dua ke tiga hari before kelas start.. kitorang ada dapat list modul and kelas yang kitorang dapat beserta jadual kelas. Kalau yang blur amende modul ni...
So, dekat matrik at that time.. student yang ambik Sains akan dicampak untuk belajar antara tiga modul
Modul 1 - Math, Bio, Fizik, Kimia
Modul 2 - Math, Sc Computer, Fizik, Kimia
Modul 3 - Math, Sc Computer, Bio, Kimia
Ada juga student akaun kat sini. Tak tau lah subjek diorang yg pasti ada Math, Akaun, perniagaan.
Btw dekat Matriks ada dua jenis student.
Yang pertama mereka yang cuma belajar setahun je atau lagi pendek kami sebut PST (program satu tahun)
Yang kedua, mereka yang kena belajar untuk dua tahun or PDT (program dua tahun)
Student PST akan belajar dengan senior PDT yang masuk tahun lepas. Sebab tu dalam satu kelas tu akan ada yg 18 tahun dan akan ada yang 19 tahun. Tapi akaun cuma ada PST je

Aku dapat modul 1 asalnya. Dapat kelas K4MS10. K3 tu nama kuliah.. Kuliah 3. Setiap kuliah ada 3 kelas tutorial. MS10 tu pulak kelas tutorial. Ni la kelas korang macam time sekolah dulu. 
Tapi aku sumpah tak nak ambik bio. Sumpah weh. Perit belajar bio hahaha. So bila diorang bukak permohonan untuk tukar modul. Terus aku isi. Ada jugak beberapa classmate aku time tu pun isi borang permohonan tukar modul. Masing-masing tak nak hadap biologi haha. 

Pertukaran modul ni masa tu dibuka hari kedua kelas start.. tu pun kena tunggu seminggu baru dapat keputusan dia. Maka menahan la aku kena belajar bio untuk seminggu. For those yang curious. Korang yang tak boleh terima modul yang korang dapat boleh je mohon tukar dan amatlah jarang sekali untuk ditolak.
Korang boleh tukar antara modul.. means dari modul 1 nak ke 2 atau 3.. modul 2 nak ke 1 atau 3 dan sebagainyalah.
Kalau korang dapat PDT tapi korang nak setahun je.. tu pun korang boleh mohon tukar. Sama jugak kalau dari setahun nak dua tahun.
Student Sains boleh tukar ke akaun.. tapi akaun tak boleh tukar ke Sains. Itu je hehe. Oh, masa aku isi borang pertukaran tu.. aku duduk kat satu meja kecik.. and ada la dua orang perempuan ni nak tumpang meja aku sebab nak isi borang tu jugak. Nama dia Raihah.. member dia aku tak ingat apa namanya haha. Dia nak tukar dari modul 2 ke modul 1. Dia macam tiba-tiba betul. Lepas dah isi borang tu sama-sama and hantar sama-sama.. kitorang pun jadi kawan and aku bersyukur dapat member macam Raihah sebab dia suka share jawapan test a.k.a. UPS dgn aku.. kira aku dapat result yang ok time exam (PSPM) tu pun sebab dia. I love you Raihah honey! 😭

Lepas seminggu dekat kelas MS10..  aku dapat ditukarkan ke modul 2.. I got kelas K3MD7.. sorang member aku yang dekat MS10 asalnya.. dapat kelas K3MD8. Kuliah yang sama haha. Maka berpindahlah aku ke kelas yang baru. Tengah scroll Telegram nak cari group kelas baru.. aku jumpa seorang manusia yang sama-sama dari modul 1 tukar ke modul 2 dan dapat kelas yang sama dengan aku iaitu MD7. Aku pun chat la dia and turns out kitorang jadi member. Nama dia Umi btw. Dia la manusia paling rapat dengan aku time matrik untuk setahun tu. Love you Umi Umairah! Aku ingat lagi time tu aku tunggu je dia kat luar kelas. Aku takut nak masuk sebab ada seorang manusia dalam tu (aku yakin tu Emi). Ye la aku kan budak baru.. yang baru pindah kelas. Memang takut la nak masuk kelas baru 😂 so lepas aku jumpa Umi kami pun masuklah ke kelas baru bersama-sama. Kelakar pulak bunyinya.. kelas English pulak tu. Sumpah ngantuk giler.

ni la Umi. hshssh

biasanya kelas start dari pukul 8 dan habis pukul 4. jadual dia memang padat sikit macam jadual sekolah. tapi takde lah masalah sangat pun. korang akan terbiasa punya. 

dekat matrik, pointer korang akan dikira dari kuiz/assignment/lab dan exam final. berapa peratus dia ambik tu kadang2 bertukar. lain tahun lain cara dia kira. so, pandailah korang ambik tahu pasal peratus bagai tu. yang pasti make sure markah penilaian berterusan tu tinggi. takde lah korang penat sangat nak carik markah dekat final exam.

bercakap pasal exam ni.. masa batch aku dulu dasyat jugak lah drama dia hahaha. nak dijadikan cerita masa sem 1 kitorang masuk kolej bulan 8. pertengahan bulan 10 (rasanya) kitorang dapat balik ke rumah sempenan cuti midsem. nak dapat cuti midsem ni pun penuh drama sebab kitorang sumpah tak tau boleh balik ke tak angkara kes covid tinggi punya pasal ni. boleh kata tiap hari ada yang bising nak balik cuti midsem tu. bila tersebarnya dekat whatsapp surat pdf yang menyatakan student boleh balik.. bergegar satu blok kediaman dengan sorakan student. time tu pukul 10pm. terus tak khusyuk aku belajar hahahaha. ok maka kami pun balik untuk berehat kat rumah masing-masing. sepatutnya kitorang cuti seminggu je.. ke 2 minggu ntah. tapi sebab masa tu Selangor dah jadi zon merah and kena pkpd.. orang selangor tak boleh keluar daerah. maka tarikh pulang ke kolej terpaksa dipinda sampai hujung bulan 10. tapi sesi pdp tetap kena berjalan secara online. tetapi malang tak berbau, kes makin naik maka tarikh pelajar untuk pulang ke kolej dipinda lagi sehingga 1 Januari 2021. huhuhu. bayangkan.. asalnya nak cuti seminggu je kat rumah, sekali lajak sampai 2 bulan dekat rumah. itu dah satu hal. lagi satu hal yang menambahkan lagi rencah drama Matrikulasi 2020/2021 ni pasal PSPM1. PSPM1 ni nama exam untuk pelajar matrikulasi. PSPM1 untuk semester 1 lah. jadi.. tau tak kitorang kena balik 1 Januari sebab kitorang kena jawab PSPM1 secara bersemuka. memang balik kolej semata-mata nak ambik exam secara bersemuka. dekat sinilah makin riuh keadaan dia sebab masa tu kes tinggi lagi. dan kebanyakan institut pengajian ambik exam secara online. maka ramai lah tak puas hati kenapa tak ambik exam secara online je. balik kolej semata-mata nak ambik exam secara bersemuka. Tapi benda dah lepas. Takde apa yang dapat diubah pun. kitorang tetap kena balik kolej dan ambik exam dua ke tiga hari lepas dah sampai kolej. Alhamdulillah, result pun ok. Ingat lagi masa result keluar tu aku tengah kelas kuliah math. memang riuh la dalah lecture hall tu sampai Miss Sarah suruh bertenang habiskan dulu lecture sikit hahahaha. siap ada yang menangis dalam tu yang menjerit terkejut. sepatutnya aku ambik gambar reaksi orang time tu hahahaha.

Lepas exam MUET


beberapa jam before tamat pengajian di KMJ

Lepas habis paper PSPM2



Tu pasal PSPM 1 lah. kalau PSPM 2 ni takde isu sangat selain aku nak cepat habis exam so that boleh balik je. sem 2 ni patutnya kitorang habis lepas/masa bulan syawal. Tapi disebabkan orang atasan nak kitorang habis before raya.. maka berlakulah situasi dimana jadual kelas kau makin padat. Kelas dianjak dari pukul 8 pagi hingga pukul 6 petang. hari Sabtu pun ada kelas. Cuti midsem dihapuskan hahaha. aku tak ingat study week ada ke tak? rasanya ada kot seminggu. oh cuti antara sem 1 dengan sem 2 pun sebenarnya 3 hari je. maka, lepas dah bersusah payah belajar takde cuti kurang rehat segala, dapatlah kami habiskan pengajian kami awal dan boleh raya dengan aman.....

senja di KMJ



Iftar dekat masjid

Ah, aku rasa entry aku dah panjang. Aku sambung di lain entry je lah. And aku rasa next entry aku nak cerita pasal ada apa je kat KMJ ni..? Macam berapa banyak cafe yg KMJ ada macam tu lah. Tu je. Bo-bye honey!



Siapakah saya?

Foto saya
Hi awak dan awak! Panggil je kita Nairin. Kita tak friendly sangat tapi tak bermakna kita tak reti nak bersembang.