Rabu, 13 April 2022

pengalaman di Kolej Matrikulasi Johor 2020\2021 Part 2

Ok ni sambungan untuk pengalaman dekat Kolej Matrikulasi Johor yang aku pernah tulis dulu.

untuk part 1 : Pengalaman di Kolej Matrikulasi Johor 2020/2021 Part 1

Untuk kali ni aku fokus dekat kemudahan dekat KMJ ni je lah.
Ok... KMJ ni ada 6 blok kediaman. A, B, C, D, E dan F. A dan B untuk lelaki meanwhile the rest untuk perempuan. Perempuan 4 blok ya. Nampak tak berapa ramai perempuan dari lelaki dekat sini hahaahah. Setiap blok ada 4 tingkat tidak termasuk ground floor. Kalau termasuk ground floor maka jadilah 5. Setiap tingkat ada lebih kurang 30 bilik and setiap bilik ada 4 katil, 4 almari besi, 4 meja belajar, 4 kerusi dan satu cermin panjang sampai ke kaki. Setiap aras juga ada satu kawasan ampaian (berbumbung) dan dua mesin basuh (kena bayar RM2 setiap cucian). Setiap aras juga ada satu bilik iron (lebih kurang 8 iron tapi biasa yang boleh guna 1 ke 2 buah je lmao). Dan semestinya ada dua bilik air yang masa setiap bilik air ada 8 shower and 4 toilet (semua cangkung).

Disebabkan kolej ni kat Tangkak, so kira takde la jauh sangat dari Gunung Ledang. Tau lah kan. Gunung yang famous dengan puteri gunung ledang dan 7 dulangnya. Ah, takkan tak tau. Dari tingkat 4 blok kediaman boleh nampak gunung tu.

ha tu gunungnya

Setiap blok juga ada vending machine.. cuma jenisnya ikut blok ah. Blok aku ada vending machine yang kopi dalam cawan tu. Breakfast paling pantas before pergi kelas.

Dekat KMJ ada tiga cafe (untuk student). Setiap cafe ni terletak antara dua bangunan blok kediaman.. so kita ada cafe AB (terletak antara cafe A dan B). Cafe CD dan cafe EF. Maka, memang dekatlah cafe dengan blok korang. Sebelah je kot. Setiap cafe ni pun boleh tahan banyak menu dia. Dari nasi putih ke nasi goreng ke mee. Banyak lah. Range harga dalam RM4 ke RM5. Tapi sebab aku nak jimat untuk bershopee maka makan nasi bujang RM3 je lah aku. Aku tak tau sangat dgn cafe AB sebab ye laaa.. cafe antara blok lelaki. Segan la aku yang perempuan ni. So aku banyak tau pasal cafe EF dan CD la... Cara pembayaran, boleh guna cash atau TnG E-wallet. Boost pun ada kot. Aku tak ingat pulak. Tapi biasa orang gua TnG je.. setiap cafe ni pun banyak gerai-gerai dia. Lagi-lagi malam. 
Dekat cafe EF ada chicken chop \ ayam gunting, burger, roti canai\telur\bawang\planta\etc, oden, ramen, takoyaki. Hujung-hujung sem tu mee sizzling claypot pun ada. Tapi aku tak pernah lagi merasa benda alah tu sebab aku tak reti order.
Cafe CD aku tak tau sangat sebab biasanya aku singgah cafe CD time breakfast je or lunch.. or bila aku nak chicken chop dengan kadar yang segera sebab EF biasa ramai namampus. Lagipun kalau breakfast CD lagi banyak pilihan makanan and lagi banyak jenis nugget untuk aku jadikan lauk. EF bosan. EF meriah malam je.

Cafe CD


Ok habis pasal cafe. Cerita pasal Cafe je dah panjang berjela. 
Selain cafe, ada jugak koperasi yang biasanya aku lawat untuk beli mineral or sabun je. Oh dan pau. Pau dia sedap lagi-lagi pau carbonara. Dekat koperasi ada jual macam-macam biskut or Maggi or aiskrim or keropok. Ramen pun ada. Sabun mandi, tisu, shampoo, sabun basuh pinggan, sabun basuh baju, pad, pisau cukur hah ada lah lagi yang aku tak ingat. Kaedah pembayaran..? Sama je cash or TnG. Tapi tak sure lah kalau sekarang dah ubah ke cemana. Mana la tau sekarang boleh guna duitnow or shopeepay ke.

Selain koperasi.. kita ada jugak Siswa. Siswa ni kedai peralatan tulis. So semua pen, buku tulis, kertas A4, kertas Kajang, novel lama, buku rujukan, fail, bekas alat tulis, stapler, gam ada dijual di sini. Kat sini pun ada khidmat photostat and print something. Nak binding pun boleh. Aku suka masuk sini.. sebab aircond. Meh.

Ada jugak library dua tingkat. Tapi tingkat atas jarang digunakan. Dalam library ada komputer untuk mereka yang memerlukan.. pelbagai jenis buku rujukan, novel-novel, soalan past year dan sebagainya lah. Library ni ber aircond jangan risau. Time aku dulu, disebabkan COVID, meja2 untuk student duduk memang berjarak macam dalam dewan exam. Mampus loh tak boleh membawang hahaha. And wajib pakai mask of course. Aku pernah kena marah sebab lupa pakai mask dulu. Taguna betul. Dan yang paling penting.. toilet dalam library bersih and wangi giler! Aku jarang masuk library sebenarnya. Aku masuk sebab nak aircond je dulu. Biasanya library ni akan penuh bila musim assignment. time tu lah ramai gila nak cari buku rujukan. Kalau tak sepi je rak buku tu.

Dekat KMJ ada 6 dewan kuliah. 2 besar another 4 kecik sikit. Lecture hall ni ber aircond. masa aku dekat KMJ dulu, kalau first class aku adalah kuliah, aku biasa akan jadi orang pertama yang sampai. Tapi masalahnya aku tak reti on aircond. aku pernah on aircond tu dulu tapi sebab bila aku tekan punat dia terus bunyi macam engin kepal terbang terus aku trauma nak on kan. huhuhuhu. terpaksalah aku hadap panas dalam tu sampailah ada orang tolong on kan.
Lecture hall ni untuk kelas kuliah je. kalau kelas tutorial korang akan belajar dekat bilik tutorial. Bilik tutorial ada banyak. Pandailah korang carik bilik tutorial masing-masing masa first day tu. Jangan sesat. haha. Kelas tutorial ni la kelas korang. masa batch aku satu kelas tak lebih dari 20 orang. Kalau sebelum ni rasanya dalam 30 orang jugaklah. ntah lah.

Lecture Hall


Bilik Tutorial


Dekat KMJ ada satu padang yang sekali dengan balapan. court badminton, court tenis, bola tampar, skuasy, tempat mini golf yang terbengkalai dan boleh sewa basikal. Tapi kalau nak sewa basikal sila datang awal. kalau bukak pukul 5, sila beratur seawal 4 petang. barang panas tu. Tapi dulu ramai yang suka main frisbee. Siap ada tournament frisbee lagi tu. Kalau tak tau frisbee tu apa silalah google.
Padang KMJ

Kalau memerlukan cash, sini ada satu mesin ATM bank rakyat.  Tapi ATM ni selalu rosak. dia biasa ok beberapa hari je. kadang sehari je elok lepastu sangkut untuk seminggu. Maka kalau mesin ATM elok and korang nak cash. Elok keluarkan lebih sikit. Tapi disebabkan dekat KMJ mostly hidup cashless, maka kurang sikitlah masalah dia. Bersyukurlah pasal kolej lain belum tentu amalkan cashless ni. Lagi satu pasal matrikulasi ni. Korang as student matrikulasi akan dapat elaun tiap bulan. tak ingat berapa rasanya RM250 sebulan kot. atau less than that. tapi elaun ni selalu masuk lambat. Maka pandailah ya berjimat sikit.
Tengah beratur tunggu giliran nak ke ATM


ATM kat luar pagar


Itu je lah kot aku nak cerita. Sebab belajar time covid ni bosan. Masa batch aku dulu kitorang tak boleh outing. So aku tak boleh cerita hal outing ni. Paling jauh aku pernah pergi sepanjang bergelar pelajar KMJ ni just mesin ATM je sebab mesin ATM luar pagar kolej. Member aku pernah la jugak ke klinik. Masalahnya aku tak pernah sakit. So, memang aku tak pernah ke klinik dan tak tau pun macam mana kaedahnya nak mohon ke klinik. Ibu bapa pun tak boleh jumpa anak sangat. Awal-awal dulu boleh la nak jumpa mak ayah dekat pagar siap peluk-peluk lagi. Lama-lama pelajar dah tak boleh keluar ke pagar. Just boleh jumpa disebalik pagar je. Macam banduan pun ada. Kiranya ada pagar yang memisahkan antara pelajar dengan family gitu. Ada satu fasa, depan pagar tu dia letak kon, so jarak antara pelajar dengan family memang diyakini 1m. Paling sadis walaupun jumpa depan-depan, tapi sebab jarak, so diorang tetap kena call each other pasal nak dengar suara. Tapi tu zaman aku lah. Zaman korang takdelah sebegini rupa. Yang pasti kami yang mak bapak jauh ni memang tak merasalah jumpa mak bapak dekat pagar kolej. Sukan pun kitorang takde tau. Betapa tak bestnya belajar zaman covid. Cuti pun kurang. Masa sem 2, kitorang mana pernah balik rumah. memang dari habis PSPM1 sampai lah habis PSPM2 kitorang kat kolej. Tu yang syahdu lebih bila dah habis PSPM2.

Aku tak tau nak cerita apa lagi dah. Aku nak cerita pasal drama-drama yang pernah terjadi, tapi aku pun dah lupa. KMJ ni kurang sikit drama dia. Kira kita ni bagus belaka lah dari pengurusan lecturer staf semua hahaha. Benda baik haruslah dipuji. Pasal ada kolej yang pengurusan bergaduh dengan student dulu hahaha. Lepas tu kes kluster satu kolej ni. Kes polis pergi melawat satu kolej tu. Oh tak dilupakan Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang banjir dulu. kesian diorang. 

Masjid KMJ. dua tingkat. Tingkat atas untuk perempuan


beratur nak beli tiket Train To Busan 2. MPP buat pawagam kat lecture hall

Tournament badminton antara kelas (subjek koko)


Ok sampai situ je lah nak cerita pasal Kolej Matrikulasi Johor ni. Kalau ada apa-apa nak tanya.. tanya lah. Tapi aku jarang bukak blog sebenarnya. Maka janganlah berharap sangat huhu. Adios amigos.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Siapakah saya?

Foto saya
Hi awak dan awak! Panggil je kita Nairin. Kita tak friendly sangat tapi tak bermakna kita tak reti nak bersembang.