For today, tiba-tiba rasa nak share pengalaman aku masa dekat matrikulasi dulu. Mana la tau boleh dijadikan guide untuk for those yang dapat matrikulasi especially Kolej Matrikulasi Johor dekat Tangkak. Boleh dikatakan aku punya pengalaman ni sedikit berbeza lah daripada pengalaman-pengalaman yang kurang jumpa dekat blog lain sebab... Aku punya pengalaman ni... Pengalaman ketika covid-19 melanda kat Malaysia. Hehe. So jom tengok apa beza dia..!
Cerita dia start pada 3 Ogos 2020 yang lalu, aku dengan family semua berangkat ke Tangkak, Johor dari Sungai Besar, Selangor. Tak ingat sangat berapa lama.. tapi dalam 4 ke 5 jam jugalah. Dah sampai tu terus cari homestay yang mak aku dah sewa and berehat.. actually aku kena daftar esok bukan haritu. Disebabkan COVID yg melanda time tu, so, students tak daftar serentak pada hari yang sama. Ada 4 hari, and semua student dah dibahagikan kena daftar hari apa. So, aku kena daftar tarikh 4 Ogos 2020. Aku tak ingat hari apa.. Selasa kot. Aku dapat hari kedua. Maksudnya 3 Ogos tu pun dah ada yang kena daftar.
Masa 4 Ogos tu, maka kitorang satu family pun berangkatlah ke KMJ dari homestay kat Tangkak tu. Jammed la jugak kat depan pintu pagar sebab yang boleh masuk dalam tu just pelajar dan seorang pemandu je. Yang lain semua kena tunggu luar pagar. Itu lah SOP dia. Maka, dia jadi sangkut sebab dekat luar pagar tu lah pelajar nak peluk cium mak kakak adik bagai. Aku pun termasuklah haha. Lepas dah ambik suhu scan apa semua maka aku dengan ayah aku pun mencarilah blok kediaman aku.. aku dapat blok E, blok Al-Biruni. Dekat dengan bangunan Tutorial, dekat dengan padang dan dekat dengan library. Blok kediaman, bilik semua memang dah tau before datang tu. Tinggal nak carik je. Btw, time ni semua barang kau perlu diangkut sendiri ke bilik sebab pemandu tak boleh tolong angkatkan. Pemandu just boleh tolong angkut beg sampai kaki lima je lepas tu kena terus keluar dari kolej. Begitu lah.. so lepas dah ambik kunci aku pun angkut la semua beg ke bilik.. bilik aku kat tingkat dua (tak termasuk ground floor). Kira ok lah tu. Takde la tinggi sangat. Kau bayang yang dapat tingkat 4.. menangis bah. Dah la terpusing pusing cari bilik aku 😂
Masa dah jumpa bilik tu.. One of my roommate dah settle kemas barang. And lagi sorang roommate aku pulak sampai serentak dengan aku. Disebabkan aku sorang je yang angkut beg.. maka ada la dalam 4 kali naik turun nak angkut beg. Perit dia usah dibilang. Itu pun lepas dah settle beg aku.. aku pergi pulak tolong ada sorang ni beg dia besar betul and bilik dia tingkat 4, so aku pun tolong la angkut beg dia yang besar tu....
Fast forward.. dah settle kemas bilik segala.. malam tu kami pun solatlah maghrib Isyak dekat masjid and pergi tidur. Esok pagi kami yang baru sampai 4 Ogos tu ada taklimat dekat Dewan Sri Ledang. Taklimat, buat kad matrik, log in wifi KMJ and etc. Dah settle semua.. maka kami yang daftar 4 Ogos free sampai.. ok aku lupa ni. Rasanya dalam seminggu kitorang takde aktiviti pape. Melangut je dalam bilik sampailah hari start belajar. sebab esok and lusa ada lagi student baru sampai. so memang kitorang takde aktiviti sampailah start kelas.
Btw, masa aku dulu.. kat depan koperasi ada jual barang-barang keperluan macam selipar jamban, baldi, penyapu, penyodok, tikar getah, termos, tong sampah, hanger and bantal kecik pun ada. Ada lagi barangnya tapi aku lupa dah. Dia jual dalam seminggu je tapi sangatlah membantu. Tak pasti kalau batch korang ni pun ada. Tapi rasanya ada je.
Dua ke tiga hari before kelas start.. kitorang ada dapat list modul and kelas yang kitorang dapat beserta jadual kelas. Kalau yang blur amende modul ni...
So, dekat matrik at that time.. student yang ambik Sains akan dicampak untuk belajar antara tiga modul
Modul 1 - Math, Bio, Fizik, Kimia
Modul 2 - Math, Sc Computer, Fizik, Kimia
Modul 3 - Math, Sc Computer, Bio, Kimia
Ada juga student akaun kat sini. Tak tau lah subjek diorang yg pasti ada Math, Akaun, perniagaan.
Btw dekat Matriks ada dua jenis student.
Yang pertama mereka yang cuma belajar setahun je atau lagi pendek kami sebut PST (program satu tahun)
Yang kedua, mereka yang kena belajar untuk dua tahun or PDT (program dua tahun)
Student PST akan belajar dengan senior PDT yang masuk tahun lepas. Sebab tu dalam satu kelas tu akan ada yg 18 tahun dan akan ada yang 19 tahun. Tapi akaun cuma ada PST je
Aku dapat modul 1 asalnya. Dapat kelas K4MS10. K3 tu nama kuliah.. Kuliah 3. Setiap kuliah ada 3 kelas tutorial. MS10 tu pulak kelas tutorial. Ni la kelas korang macam time sekolah dulu.
Tapi aku sumpah tak nak ambik bio. Sumpah weh. Perit belajar bio hahaha. So bila diorang bukak permohonan untuk tukar modul. Terus aku isi. Ada jugak beberapa classmate aku time tu pun isi borang permohonan tukar modul. Masing-masing tak nak hadap biologi haha.
Pertukaran modul ni masa tu dibuka hari kedua kelas start.. tu pun kena tunggu seminggu baru dapat keputusan dia. Maka menahan la aku kena belajar bio untuk seminggu. For those yang curious. Korang yang tak boleh terima modul yang korang dapat boleh je mohon tukar dan amatlah jarang sekali untuk ditolak.
Korang boleh tukar antara modul.. means dari modul 1 nak ke 2 atau 3.. modul 2 nak ke 1 atau 3 dan sebagainyalah.
Kalau korang dapat PDT tapi korang nak setahun je.. tu pun korang boleh mohon tukar. Sama jugak kalau dari setahun nak dua tahun.
Student Sains boleh tukar ke akaun.. tapi akaun tak boleh tukar ke Sains. Itu je hehe. Oh, masa aku isi borang pertukaran tu.. aku duduk kat satu meja kecik.. and ada la dua orang perempuan ni nak tumpang meja aku sebab nak isi borang tu jugak. Nama dia Raihah.. member dia aku tak ingat apa namanya haha. Dia nak tukar dari modul 2 ke modul 1. Dia macam tiba-tiba betul. Lepas dah isi borang tu sama-sama and hantar sama-sama.. kitorang pun jadi kawan and aku bersyukur dapat member macam Raihah sebab dia suka share jawapan test a.k.a. UPS dgn aku.. kira aku dapat result yang ok time exam (PSPM) tu pun sebab dia. I love you Raihah honey! ðŸ˜
Lepas seminggu dekat kelas MS10.. aku dapat ditukarkan ke modul 2.. I got kelas K3MD7.. sorang member aku yang dekat MS10 asalnya.. dapat kelas K3MD8. Kuliah yang sama haha. Maka berpindahlah aku ke kelas yang baru. Tengah scroll Telegram nak cari group kelas baru.. aku jumpa seorang manusia yang sama-sama dari modul 1 tukar ke modul 2 dan dapat kelas yang sama dengan aku iaitu MD7. Aku pun chat la dia and turns out kitorang jadi member. Nama dia Umi btw. Dia la manusia paling rapat dengan aku time matrik untuk setahun tu. Love you Umi Umairah! Aku ingat lagi time tu aku tunggu je dia kat luar kelas. Aku takut nak masuk sebab ada seorang manusia dalam tu (aku yakin tu Emi). Ye la aku kan budak baru.. yang baru pindah kelas. Memang takut la nak masuk kelas baru 😂 so lepas aku jumpa Umi kami pun masuklah ke kelas baru bersama-sama. Kelakar pulak bunyinya.. kelas English pulak tu. Sumpah ngantuk giler.
biasanya kelas start dari pukul 8 dan habis pukul 4. jadual dia memang padat sikit macam jadual sekolah. tapi takde lah masalah sangat pun. korang akan terbiasa punya.
dekat matrik, pointer korang akan dikira dari kuiz/assignment/lab dan exam final. berapa peratus dia ambik tu kadang2 bertukar. lain tahun lain cara dia kira. so, pandailah korang ambik tahu pasal peratus bagai tu. yang pasti make sure markah penilaian berterusan tu tinggi. takde lah korang penat sangat nak carik markah dekat final exam.
bercakap pasal exam ni.. masa batch aku dulu dasyat jugak lah drama dia hahaha. nak dijadikan cerita masa sem 1 kitorang masuk kolej bulan 8. pertengahan bulan 10 (rasanya) kitorang dapat balik ke rumah sempenan cuti midsem. nak dapat cuti midsem ni pun penuh drama sebab kitorang sumpah tak tau boleh balik ke tak angkara kes covid tinggi punya pasal ni. boleh kata tiap hari ada yang bising nak balik cuti midsem tu. bila tersebarnya dekat whatsapp surat pdf yang menyatakan student boleh balik.. bergegar satu blok kediaman dengan sorakan student. time tu pukul 10pm. terus tak khusyuk aku belajar hahahaha. ok maka kami pun balik untuk berehat kat rumah masing-masing. sepatutnya kitorang cuti seminggu je.. ke 2 minggu ntah. tapi sebab masa tu Selangor dah jadi zon merah and kena pkpd.. orang selangor tak boleh keluar daerah. maka tarikh pulang ke kolej terpaksa dipinda sampai hujung bulan 10. tapi sesi pdp tetap kena berjalan secara online. tetapi malang tak berbau, kes makin naik maka tarikh pelajar untuk pulang ke kolej dipinda lagi sehingga 1 Januari 2021. huhuhu. bayangkan.. asalnya nak cuti seminggu je kat rumah, sekali lajak sampai 2 bulan dekat rumah. itu dah satu hal. lagi satu hal yang menambahkan lagi rencah drama Matrikulasi 2020/2021 ni pasal PSPM1. PSPM1 ni nama exam untuk pelajar matrikulasi. PSPM1 untuk semester 1 lah. jadi.. tau tak kitorang kena balik 1 Januari sebab kitorang kena jawab PSPM1 secara bersemuka. memang balik kolej semata-mata nak ambik exam secara bersemuka. dekat sinilah makin riuh keadaan dia sebab masa tu kes tinggi lagi. dan kebanyakan institut pengajian ambik exam secara online. maka ramai lah tak puas hati kenapa tak ambik exam secara online je. balik kolej semata-mata nak ambik exam secara bersemuka. Tapi benda dah lepas. Takde apa yang dapat diubah pun. kitorang tetap kena balik kolej dan ambik exam dua ke tiga hari lepas dah sampai kolej. Alhamdulillah, result pun ok. Ingat lagi masa result keluar tu aku tengah kelas kuliah math. memang riuh la dalah lecture hall tu sampai Miss Sarah suruh bertenang habiskan dulu lecture sikit hahahaha. siap ada yang menangis dalam tu yang menjerit terkejut. sepatutnya aku ambik gambar reaksi orang time tu hahahaha.
![]() |
Lepas exam MUET |
![]() |
beberapa jam before tamat pengajian di KMJ |
Tu pasal PSPM 1 lah. kalau PSPM 2 ni takde isu sangat selain aku nak cepat habis exam so that boleh balik je. sem 2 ni patutnya kitorang habis lepas/masa bulan syawal. Tapi disebabkan orang atasan nak kitorang habis before raya.. maka berlakulah situasi dimana jadual kelas kau makin padat. Kelas dianjak dari pukul 8 pagi hingga pukul 6 petang. hari Sabtu pun ada kelas. Cuti midsem dihapuskan hahaha. aku tak ingat study week ada ke tak? rasanya ada kot seminggu. oh cuti antara sem 1 dengan sem 2 pun sebenarnya 3 hari je. maka, lepas dah bersusah payah belajar takde cuti kurang rehat segala, dapatlah kami habiskan pengajian kami awal dan boleh raya dengan aman.....
![]() |
senja di KMJ |
Ah, aku rasa entry aku dah panjang. Aku sambung di lain entry je lah. And aku rasa next entry aku nak cerita pasal ada apa je kat KMJ ni..? Macam berapa banyak cafe yg KMJ ada macam tu lah. Tu je. Bo-bye honey!
untuk part 2 : https://penanairin.blogspot.com/2022/04/pengalaman-di-kolej-matrikulasi-johor_13.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan