Jumaat, 6 Mei 2022

Cerita Pasal Ultraman

 Assalamualakum guys!

Hari ni saja nak cerita pasal salah satu cerita yang aku suka tengok masa budak-budak dulu iaitu Ultraman! 

Biasa kalau aku cerita kat member yang aku tengok Ultraman mesti diorang pelik. Iyelah, jarang ada perempuan layan Ultraman ni. Aku ingat lagi masa aku 6 tahun dekat Pra Sekolah. Cikgu Liza pasang movie Ultraman Mebius tak silap. Aku je lah satu-satunya budak perempuan yang tengok. Yang lain semua lelaki. Budak perempuan yang lain mostly main mak-mak atau tepuk tampar yang mana aku tak minat langsung. Maybe sebab adik-adik aku semua lelaki masa tu. Aku anak sulung. Adik bongsu aku perempuan tapi dia lahir masa aku darjah 4 so aku banyak habiskan masa dengan lelaki. jiran-jiran dan sepupu-sepupu yang baya aku pun mostly lelaki.

Actually aku dah lama tinggal Ultraman ni lepas mak aku potong astro masa aku form 2 haha. Lepas je mak aku potong astro dan tv pun takde cerita best, aku start tak minat tengok any cerita, movie or drama dekat tv mahupun dekat mana-mana lah. Aku lebih suka membaca sebenarnya. So, lepas dah takde cerita best kat tv aku mula beli banyak novel or baca manga dekat website. Cuma beberapa minggu lepas, tiba-tiba adik aku duk cerita pasal Ultraman and pasang satu movie Ultraman 2nd gen dekat tv. Maka lepas sembang itu-ini dekat adik-adik aku pasal Ultraman, aku mula minat balik and nak cari gali pasal Ultraman generasi baru ni. Last Ultraman aku tengok ialah Ultraman Zero yang aku rasa tu last Ultraman untuk 2nd gen ke tak. Entah la nak.. So Ginga dan ke atas memang aku tak tau langsung lah senang cerita.

So hari ni boleh kata aku dah kenal semua Ultraman lah hahaha hasil berhari-hari aku tengok cerita semua cerita Ultraman yang aku dah tinggal. Ada lah jugak yang aku tak tengok sebab takde benda yang nak buatkan aku tengok walaupun orang kata series tu best. Maka untuk entry kali ni, marilah aku cerita sikit pasal segala benda berkaitan Ultraman yang aku minat. Mana la tau, boleh jadi modal mak-mak bersembang dengan anak yang layan Ultraman.

Anyway, First Ultraman yang aku tengok ialah Ultraman Tiga. Ultraman lama-lama macam Seven, Leo, Taro dan Ace tu memang la aku tak tau macam mana ceritanya. Nak tengok, tapi macam malas sebab episode dia banyak huhuhuu. So memang aku takkan sebut pasal series diorang ni sksksk.

Untuk intro entry aku kali ni, meh la dengar aku cerita pasal asal-usul Ultraman ni. Yang ni memang dari ingatan aku, kalau lain dari official website maaflah. Cerita dia bermula jutaan tahun lalu, di sebuah planet yang terletak dekat Nebula M78, penduduk planet tu asalnya macam manusia jugak. Rupa, budaya semua macam manusia. Tapi one day, matahari yang jadi sumber cahaya dan haba planet tu mati. Manusia tak mampu hidup tanpa matahari disebabkan tiada sumber haba. Maka, para saintis planet tu ciptalah sebuah generator yang dinamakan Plasma Spark untuk gantikan matahari yang mati tu. Namun, disebabkan terlalu lama hadap cahaya Plasma Spark ni, penduduk planet tu pun berevolusi dan berubah jadi gergasi cahaya yang juga dikenali sebagai Ultraman. Bagi penduduk planet tersebut yang sekarang dikenali sebagai planet cahaya (land of light), Plasma Spark tu benda paling penting lah sebab tu sumber cahaya dan haba untuk planet tu. Kalau Plasma Spark dibawa lari, satu planet aku membeku termasuk Para Ultras yang ada dekat planet tu. Sekian... Sumber : movie Mega Monster Battle Ultra Galaxy.



Penduduk Planet Cahaya sebelum matahari depa meletup


Penduduk Planet Cahaya dalam movie Mega Monster Battle Ultra Galaxy

Evil Ultraman Belial bawa lari Plasma Spark

Sebenarnya ada jugak Ultraman yang bukan berasal dari Planet Cahaya. Contohnya macam salah satu Ultraman kegemaran aku iaitu Ultraman Orb. Orb datang dari planet O-50. Kalau planet cahaya, manusia semua jadi Ultraman disebabkan cahaya Plasma Spark. Tapi untuk kes Planet O-50 ni, manusia dapat kuasa jadi Ultraman lepas sentuh cahaya dari voice of light dekat puncak gunung. Menurut Ultraman Fuma dalam sebuah voice drama, ramai yang datang Planet O-50 semata-mata nak dapatkan kuasa dari voice of light ni. Tapi tak ramai dapat ke puncak sebab kebanyakannya dah mati akibat membunuh sesama sendiri dekat tengah jalan. Selain planet O-50, ada jugak Planet U40. Tapi tak tau apa asal usul Ultraman dekat Planet U40 ni. Contoh Ultraman yang berasal dari U40 ialah Ultraman Titas dan Ultraman Joneus. Ultraman Gaia dengan Ultraman Agul pula memang berasal dari bumi. Gaia dapat tenaga dari bumi manakala Agul dapat tenaga dari laut. Ultraman Leo dan adiknya Astra pula berasal dari Planet L-77 sebelum planet tu dimusnahkan oleh seekor alien yang aku lupa namanya. Lain-lain ultraman seperti Ultraman Cosmos dan Dyna.. masih tidak diketahui asal-usulnya.


Voice of light dekat Planet O-50

Titas (Planet U40), Taiga (Planet Cahaya), Fuma (Planet O-50)

Ultraman Orb. Tengok series ni sebab host dia comel haha.

Ok, cukuplah aku cerita pasal asal usul Ultraman ni. Now, meh aku cerita pasal Ultraman kegemaran aku iaitu... Ultraman Zero yang sukar untuk dikalahkan (dia yang claim sendiri lol)


Ultraman Zero ni anak kepada UltraSeven. Umur dia 5900 tahun. Tapi 5900 tahun tu cuma 19-20 tahun kalau ikut usia Ultraman. Cuma yang sering dibincangkan adalah.. Zero ni tak tau pun yang Seven tu ayah dia sampailah kes Belial curi Plasma Spark. Kiranya, selama 5000 tahun dia hidup, dia langsung tak tau siapa ayah dia. Hmmm. Walaupun Ultraman Zero ni boleh kata one of the great Ultra Warrior, tapi sejarah silam dia ni takde lah lawa mana. Dia pernah kena buang kejap dari Planet Cahaya lepas cuba nak dapatkan kuasa Plasma Spark yang kuat tu. Biasalah, budak-budak tak matang. Tamak kuasa. Yakin je boleh kawal kuasa tu. Maka, Seven pun serahkan Zero ni untuk dilatih under Ultraman Leo sampailah dia tahu makna sebenar untuk jadi seorang Ultra Warrior. Dekat satu voice drama, Zero ada bagi amaran dekat Ultraman Z supaya jangan jadi anak murid Seven mahu pun Leo sebab diorang terlalu strict. Masa berlatih under Leo, Zero kena pakai Tector Gear yang mana benda alah tu buat limitkan dia punya kuasa dan kekuatan dia. Hari-hari dia kena berlawan dengan Leo yang mana rasanya dia je yang kena belasah sambil diperhatikan oleh Astra. Kesian... 


Ni UltraSeven. Ayah kepada Ultraman Zero. Siapa mak kepada Zero masih menjadi tanda tanya.
Ada yang kata Zero ni sebenarnya anak haram. Hmm..

Zero dengan Tector Gear


Tapi jangan risau, dia diterima semula sebagai penduduk Land of Light lepas tolong kalahkan Belial. And even cahaya Plasma Spark pun terima Zero and bagi dia kuasa.

Design Zero ni lawa bagi aku lah. Kalau nampak dari depan, tak de la lawa mana. Tapi kalau dari tepi, sumpah lawa teruk. Hahahaha. Ramai sebenarnya tak suka Zero masa awal-awal dia debut. Aku tak tau sangat kenapa sebab malas baca apa diorang cakap. Tapi dia ni suka membangga diri dari awal debut sampai sekarang. Dan.. boleh dikatakan overpowered. Zero ni tengok je boleh tau anak emas Tsuburaya hahaha. Form banyak. Hampir semua series dia buat cameo. Tapi aku tak kesah pun sebab.. 1. Ultraman favourite aku. 2. Dia takde series sendiri hahaha. 

Tapi dia punya overpowered memang bukan cakap kosong la. First, dia dapat kuasa Plasma Spark, Second, dia dapat sikit kuasa Ultraman Noa (Ultimate Zero) yang mana membolehkan Zero rentas dimensi sesuka hati mak bapak dia. Tapi kuasa tu tersimpan dalam ultimate bracelet dia. So, kalau bracelet tu rosak, tak dapatlah dia rentas dimensi. Kemudian, Ultraman Dyna dan Cosmos bagi sikit kuasa diorang. Maka, Zero dapat dua lagi form iaitu Strong Corona Zero (colour lawaa) dan Luna Miracle Zero. Fifth, Shining Zero. Yang ni jarang muncul sebab kena guna banyak tenaga and dia bukanlah 100% boleh kawal pun. Biasa muncul bila terdesak je. Kuasa paling biasa dia guna adalah putarkan balik masa. Ya, dia boleh putarkan balik masa. Sixth, Ultraman Zero Beyond. Form ni actually power-up fusion. Kena guna satu alat untuk fusion kuasa 4 new generation Ultras (Ginga, Victory, X dan Orb). Design dia aku tak minat langsung tapi apa aku boleh buat? huhu. Tapi kuasa dia macam quatro sluggers tu sumpah cool! Anyway, form ni.. dia tak boleh guna tanpa bantuan host dia. Seventh, Ultimate Shining Zero. Gabungan Ultimate Zero dan Shining Zero. Disebabkan Zero kena guna dua kuasa yang maha kuat serentak, so, dia tak boleh guna lama-lama pun form ni. Sekarang, Mei 2022, ada satu series baru, Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroads. Dikala aku menaip ni, episode 2 baru je keluar petang tadi. Dalam series ni Zero tengah berlatih dengan Joneus, Leo dan Seven untuk kawal Ultimate Shining Zero so that dia boleh kalahkan villains dalam series tu. Tapi aku yakin dia akan dapat form baru sebab dia Zero.. dah macam tradisi pulak series/movie baru, form baru lol.


Zero Twin Sword. Dapat lepas ambik kuasa Plasma Spark

Ultimate Zero

Strong-Corona Zero


Luna-Miracle Zero


Shining Ultraman Zero


Ultraman Zero Beyond

Ultimate Shining Zero

Apa-apa pun, sekarang Zero dah kurang dibenci orang haha. Mungkin sebab dia dah matang gamaknya lepas lebih 10 tahun sejak dia debut. Sekarang Zero more to jadi mentor untuk New Generation Ultras. Meskipun masih suka angkat bakul sendiri, tapi Zero sekarang selalu jugak tolong latih or bagi nasihat dekat Ultras muda. Tak dilupakan Ultraman Z yang masih try nak jadi anak murid Zero tapi malang sekali Zero takde niat nak ada anak murid. Semoga terbuka lah hati Zero nak ambik Z jadi anak murid lepas ni. Pasal series Ultraman Zero pulak.. dia memang takde series selain Zero the Chronicles. Tapi tu cuma flashback kisah-kisah dia je. Dia ada movie ja. Pergilah search sendiri.

Akhir kata, majulah Ultraman Zero untuk para Ultras sejagat. Sebelum kita menutup tirai forum Zero dan Form-Formnya, marilah kita dengar kejap lagu tema Zero The Chronicles kat bawah ni.



Semoga kekal jadi anak emas untuk another 20,000 tahun okay!


Cukuplah satu untuk entry kali ni. Maybe next entry aku akan cerita pasal another ultraman favourite aku pulak iaitu Ultraman Orb! Tapi tu kena tunggu aku rajin. Tapi host Orb tu aku minat betul lah. Haihh..
Ok tu je bye-bye makhluk bumi sekalian!

Siapakah saya?

Foto saya
Hi awak dan awak! Panggil je kita Nairin. Kita tak friendly sangat tapi tak bermakna kita tak reti nak bersembang.