Khamis, 6 Oktober 2022

Buka akaun Maybank untuk PTPTN

Assalamualaikum guys! Ceritanya bulan lepas aku nak mohon PTPTN. Tapi USM guna Maybank as their main bank. Since aku cuma ada akaun BSN dan bank rakyat, maka hendaklah aku membuka akaun Maybank pulak. SSPN-I aku dah lama ada since zaman sekolah lagi. So memang akaun Maybank ni je lah jadi penghalang aku. Jadi one day, aku pun pergilah ke cawangan Maybank kat Sg Besar ni. Masuk je nah kau. Ramai betul manusia. Lain betul dengan bank lain sunyi je haha. Aku cakap dekat pegawai bank yang duduk betul-betul depan pintu masuk tu yang aku nak buka akaun. Rupa-rupanya kena buat appointment dulu. Haritu Khamis tak silap. Aku buat appointment untuk Isnin depannya lah. Oh and dia ada bagi satu borang maklumat diri untuk bawak balik dan isi. Dan tak dilupakan jugak dia suruh download siap-siap MAE dari rumah. MAE ni macam e-wallet untuk Maybank. Ntah aku pun tak tau sangat haha. Fast forward tu hari Isnin depannya tu. Aku pun pergilah lagi ke Maybank dengan borang yang dia bagi Khamis lepas tu serta serta surat pengesahan Universiti. Aku pun bagitau akak yang jaga meja dekat pintu masuk tu yang aku ada appointment untuk buka akaun bank. Dia pun mintak IC aku untuk di fotostat. Manakala akak lagi sorang yang jaga meja tu pulak mintak borang yang dia bagi Khamis lepas. Lama la jugak aku berdiri dekat meja tu menunggu akak-akak tu buat kerja. Tak lama lepas tu, sorang akak yang friendly teruk ni assist aku untuk daftar MAE. Buat username and password. Actually lagi mudah kalau korang dah fikir awal-awal username dengan password tu. Lepastu nanti korang save je lah dulu dekat notes. Aku simpan dalam phone punya note je. Kalau korang nak tulis dekat kertas pun terpulang. And then ada soalan keselamatan yang aku sentiasa lupa untuk apa-apa pun hahaha. Takpe this time aku dah ambik gambar soalan keselamatan tu. Tak rumit pun nak daftar MAE bagai ni. Kalau korang konfius just bagi tau pegawai yang handle korang. Akak yang assist aku ni sumpah friendly and kelakar teruk terhibur aku hahaha. Dah settle pasal MAE, dia suruh aku tunggu pulak tepi kaunter untuk buka akaun sampai nama dipanggil. Nak tunggu nama dipanggil sumpah lama sangat. Before aku ada sorang budak lelaki yang masih sekolah tengah uruskan pembukaan akaun dia tu lah. Actuaaly budak tu dah ada dekat kaunter (booth meja) masa aku baru masuk lagi. Aku agak nama aku dipanggil lepas sejam jugaklah dari aku masuk tadi.. atau lebih. Aku sampai tukar-tukar kerusi sebab bosan lol. And then nama aku pun dipanggil dan aku pun duduk depan pegawai perempuan yang handle meja/booth/kaunter tu. Aku sebenarnya takdelah ingat mana apa aku buat masa tu. Yang aku ingat kena sign macam-macam and sign aku sumpah buruk bila tang kena guna sketchpad tanpa tengok monitor tu and kena bagi cap jari lah of course. Lain-lain cuma mengelamun sambil tengok pegawai tu settlekan apa yang patut. Lepas tu dia mintak surat pengesahan/tawaran Universiti since aku student. Nasib lah aku memang bawak prepare. Kalau tak bawak dia mintak tengok pdf. Tak tau lah dia nak print ke apa. Kemudian dia tanya aku nak masukkan berapa ringgit. Aku ada RM50 je so aku pilih untuk masukkan RM50. Bukan nya hilang pun duit tu kan. Lepas dah bayar RM50 dia suruh settlekan MAE pulak dekat akak yang friendly tadi tu. Disebabkan aku dah daftar MAE sebelum jumpa pegawai tu, so this time aku cuma kena log in MAE dekat phone aku je lah. And then akak tu pun bagi tau lah aku dekat mana Maybank2u, dekat mana nak bayar bil segala, dekat mana nak topup MAE and dekat mana nak tekan kalau kita nak keluarkan duit dekat ATM tanpa kad. Akak tu kata Maybank nak start hidup cardless sekarang ni pulak. Dah selesai sesi intro app MAE, akak tu suruh tunggu kejap untuk ambik kad cherry tu. Tak lama pun. Ada la 5 minit. Dah dapat kad mari lah pulang dan settlekan isi permohonan PTPTN or else aku kena puasa kat USM nanti. Ingat nak check baki dekat ATM before balik, tapi ATM ramai nokharom so aku check di kemudian hari je lah. Itu je lah pengalaman aku yang nak dikongsi. -tutup salam-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Siapakah saya?

Foto saya
Hi awak dan awak! Panggil je kita Nairin. Kita tak friendly sangat tapi tak bermakna kita tak reti nak bersembang.