Khamis, 6 Oktober 2022
Tukar no phone Bank Rakyat
Assalamualaikum guys!
So, 2 bulan lepas, no aku mati sebab aku tak topup. And then aku beli sim baru. Yang mati tu aku guna XOX. But now aku guna TuneTalk. Aku pilih TuneTalk sebab kat tempat aku TuneTalk boleh tahan jugaklah laju dia walaupun aku jarang guna data sendiri since rumah aku ada wifi. Lagipun nak daftar TuneTalk mudah. Sim dia aku beli online je dekat website TuneTalk, and then download app TuneTalk dan daftar sendiri. Pemilihan nombor phone boleh dibuat dalam app TuneTalk tu masa daftar. Ada banyak no yang boleh dipilih. Aku pilih nombor yang 4 nombor akhir dia no birthday aku hahaha.
Anyway, disebabkan aku dah tukar nombor, maka hendaklah aku update no phone untuk bank rakyat aku. Kalau tak memang tak lepas lah nak buat transaksi online sebab nanti dia akan hantar no TAC. no TAC tu pulak satgi dia hantar kat no aku yang dah mati tu. Maka kenalah update. Nak update no phone ni ada beberapa cara.
1. Call je bank rakyat punya no 1-300-80-5454. Aku tak pernah call so aku tak tau lah sangat macam mana. Tapi aku pernah dengar roommate aku kat matrik dulu tukar no phone guna cara ni. Just bagi tau je la kot yang awak nak kemaskini no phone. Ntah ler nak haha.
2. Email diorang. telerakyat@bankrakyat.com.my
Dan bagi tau tujuan iaitu nak kemaskini no telefon, nama,no ic, no telefon lama dan no telefon baru).
Aku pernah try cara ni dulu tapi masa tu hotline bank rakyat ada problem. So dia suruh juga ke branch bank rakyat lol.
3. Pergi je lah ke salah satu branch bank Rakyat.
Korang kena ke kaunter sebab kat ATM takde khidmat tukar no ni. Just bagi tau pegawai bank yang korang nak kemaskini no phone. Pastu nanti dia bagi satu borang pelanggan untuk diisi. Lepas isi dia bagi no giliran and korang pun tunggu je lah. Borang pelanggan tu korang kena bawak sekali. Masa tu dekat bank serius tak ramai orang. Well, memang bank rakyat sini tak pernah pun ramai. So kejap je lah tunggu sebelum nama dipanggil. Lepas bagi tau nak kemaskini no phone dekat pegawai yang handle tu dan serah borang pelanggan tu... Dia pun alang-alang mintaklah maklumat aku untuk update dalam sistem. Benda ni yang makan masa sebenarnya. Tapi aku pun takdelah rush sangat so jawab je lah segala pertanyaan dia. Lepastu kalau nak update no phone, diorang akan call kita untuk confirmation. Nak dijadikan cerita masa tu orang yang sepatutnya call aku tu pergi toilet. Maka berdiri lah lagi aku menunggu sambil borak dengan pegawai tu. Pegawai tu pulak ada anak sebaya aku tengah study dekat UiTM. Maka berborak lah aku pasal anak dia dan pasal aku punya hal study. Tak lama lepas tu, pegawai yang patutnya call aku tu pun dah datang balik and dia pun call lah no aku. Dah settle semua tu aku pun boleh lah balik. -tamat-
Actually kalau nak pantas, korang call je lah hotline bank rakyat tu dan berdoa depa angkat call. Kadang2 depa susah nak angkat. Ok tu ja aih.
Tutup salam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Siapakah saya?

- Senika Rue
- Hi awak dan awak! Panggil je kita Nairin. Kita tak friendly sangat tapi tak bermakna kita tak reti nak bersembang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan